Akhirnya! Cara Lebih Mudah Untuk Buat Iklan Yang Lebih Menjual!

Nak buat iklan yang menjual tak pernah semudah ni...

Kalau anda dah biasa buat paid advertising... dan nak tool yang boleh permudahkan anda buat lebih banyak iklan yang lebih menjual... ini adalah laman web paling seronok yang akan anda baca hari ini.

Nak buat ayat iklan yang menjual makin mudah. Nak cari idea makin senang. Bila ada idea yang betul, iklan cantik, audiens pun kena, laju sales masuk.

Untuk Siapa Tool Ni?

Hi, nama saya Abdul Rahman dan saya seorang IT Consultant dan Copywriter. Saya pada awalnya cuba nak selesaikan masalah saya sendiri. Nak tulis iklan. Apa cara yang paling senang untuk buat iklan yang secara boleh menjual secara konsisten?

Sampailah saya buat tool copywriting ini.

Tool ini sesuai untuk yang:

  • Nak buat lebih banyak ayat iklan untuk merancakkan lagi sales.
  • Nak senangkan kerja buat copywriting
  • Nak tahu best practices dalam buat ayat iklan
  • Nak jadi lebih kreatif dengan lebih banyak tool di depan mata

Saya sediakan pelbagai ciri-ciri yang memudahkan apa-apa tim ataupun usahawan solo untuk buat ayat.

Ada yang lead makin rancak. Ada yang berjaya kurangkan kos per jualan (CPP) sampai lebih daripada 50%.

Memperkenalkan...

Tulis Ads Online: Alat Pemudah Copywriting Anda!

Anda boleh cuba 2 daripada 5 ciri utama Tulis Ads di bawah ni.

Tengok betapa mudahnya kerja nak buat copywriting lepas ni.

Ada dua butang yang saya telah aktifkan iaitu headline dan template. Klik je butang headline, anda akan dapat lihat 3 headline. Apabila anda klik template, akan ada 3 template.

Anda boleh main dengan tool ni sekarang di website ini untuk faham sedikit apa tool copywriting Tulis Ads ini.

  • Template Copywriting - terdapat 243 templates untuk anda gunakan dalam pelbagai niche
  • Headline Generator - isi sekali, berpuluh-puluh headlines tersedia untuk anda pilih... macam tu je.
  • Template Ayat - pilih ayat mengikut emosi... tak perlu fikir lagi apa yang nak diletakkan untuk bagi orang rasa sedih... gembira... atau lain2!
  • Kamus - nak cari perkataan sinonim dah makin senang. Contoh kata ganti cantik, putih, dan macam-macam lagi ada dalam ni.
  • Save dan duplicate iklan yang anda buat terus di dalam ini - anda boleh tengok dan buat pelbagai jenis iklan dengan senang.

Ini tool copywriting pertama kalinya di Malaysia seperti ini.

Akses semuanya di dalam satu skrin. Headline. Template. Kamus. Semuanya di satu skrin.

Nak campur-campur template, headline atau ayat dah jadi senang sangat dengan Tulis Ads Online ni.

Tempat ini boleh jadi tempat anda tengok balik semua iklan yang anda buat dengan senang.

Ada yang gunakan ini untuk...

  • Buat artikel.
  • Tulis emel.
  • Buat iklan di sosial media.

Mereka yang dah biasa spend 5-6 ribu sehari sukakan tool ni. Senang buat kerja copywriting mereka.

Di bawah saya perincikan lagi tool ini.

Template Copywriting

Nak tulis ayat dekat social media makin senang bila ada beratus-ratus template untuk anda guna ni.

Ada yang takde? Jangan risau!

Kita berikan satu borang untuk anda isi dalam laman ahli untuk kita besarkan lagi galeri template ini.

Headline Generator

Dapatkan headline semudah mengisi tempat kosong

Senang kan isi sekali berpuluh-puluh headline tersedia?

Kadang-kadang satu tak cukup... kita nak lagi banyak headline.

Apabila anda isi ruangan yang diberi, ada berpuluh-puluh headline tersedia untuk anda.

Pakai sahaja yang mana yang anda mahu.

Kamus Perkataan

Prospek yang baca iklan anda mesti bosan kalau anda tak habis-habis cakap cantik, cantik dan cantik.

Apa perkataan yang membawa maksud kurus selain daripada perkataan kurus?

Lebih banyak cara anda cakap perkara yang sama, lebih senang mesej untuk sampai kepada prospek anda.

Template Ayat

Saya juga ada sediakan template ayat. Contohnya pemula ayat... pembayangan... gembira... sedih...

Buat iklan seperti main susun-susun di dalam Tulis Ads ini.

Save, Duplicate dan Share Iklan

Setiap iklan yang anda buat di dalam Tulis Ads boleh di save dan duplicate dan dikongsi dengan staff, customer atau agent anda.

Bukan Itu Sahaja...

Selain daripada tool ini... saya ingin memberikan kepada anda pelbagai bonus supaya saya dapat overdeliver value Tulis Ads ini kepada anda.

Dan anda akan dapat buat iklan dan salespage jauh lebih berkesan daripada sebelum ini.

Bonus #1: Marketing Libraries (RM365)

Tulis Ads ni tak lengkap tanpa perpustakaan ini. Di sinilah saya kongsikan pengalaman saya menjadi orang belakang beberapa syarikat sejak tahun 2006 lagi.

Ini adalah hasil daripada ribuan split test, mencuba pelbagai teknik dan gagal entah berapa banyak kali.

Apa yang akan anda belajar akan mengelakkan diri anda daripada melakukan kesalahan yang sama.

Buat apa lalu jalan saya kalau saya boleh tunjuk apa yang perlu elak... dan apa yang perlu dibuat, kan?

Setakat ini saya bercerita mengenai:

  • Video #1: Cara Untuk Cari Audiens Yang Tepat (Cepat-cepat): benda ni adalah benda pertama kena betul. bila dah jumpa audien 'ngam' dengan cepat, anda hanya perlu pastikan copywriting dan offer yang betul je untuk dominate pasaran (RM47)
     
  • Video #2: Cara Pakai Template Story-based (Contoh Guna Template): semua orang suka cerita. dalam video ni saya tunjuk macam mana saya jual kereta... guna cerita. Yep. Jual benda RM78k pun takde masalah kalau ada cerita yang seronok untuk diceritakan.

    Ada customer Tulis Ads jual rumah yang melebihi RM1 juta guna story jugak! (RM47)

  • Video #3: Funnel Marketing untuk Service: ini sangat sesuai untuk mereka mahu full funnel overview untuk jual servis bisnes (RM97)
     
  • Video #4: Tentang Automated Rules: ni tool paling mudah untuk scale up dan scale down. Guna ni dengan betul, anda boleh jimatkan duit dan dengan cermat naikkan bajet tanpa merosakkan return ad spend anda. (RM127)
     
  • Video #5: Flow Surat Jualan: Bagaimana untuk lebih 'connect' dengan audiens bila market dikatakan tepu (hint: ada kaitan dengan market sophistication) (RM47)
     

Video-video ini akan ditambah daripada semasa ke semasa sebagai nilai tambah untuk pelanggan sedia ada.

RM365, tapi percuma jika anda dapatkan Tulis Ads hari ini.

Bonus #2: Video PKP Masterplan (RM97)

Ini adalah video yang saya rekodkan khas untuk PKP ini. Di dalam video ini, anda akan mengetahui:

  • 3 kategori manusia semasa PKP ini. Tahu kategori ni, tahu nak susun macam mana ayat tu.
  • Apa yang anda JANGAN BUAT bila buat promo semasa PKP ini. Kalau buat, orang akan turn off dan bash di komen.
  • Kalau anda jual benda mahal, saya cerita target pasaran anda.
  • Kalau pasaran anda banyak kena potong gaji / dibuang kerja, ini produk yang sesuai untuk anda jual.
  • Satu benda WAJIB yang anda kena buat kalau nak pastikan pembaca terus membaca apa yang anda tulis sehingga hujung
  • Cara rangka tawaran anda: walaupun margin kecil! Dan kalau premium, ini cara "senang sangat" untuk naikkan nilai produk

Walaupun sekarang ekonomi akan dibuka semula, video ini masih lagi relevan terutama sekali grouping pasaran yang saya outline dalam video ini.

BONUS #3: Ad Angles Ebook (RM127)

Ini adalah e-book terbaru yang saya keluarkan HANYA UNTUK pelanggan Tulis Ads.

Saya cari di Amazon semasa buat ebook ni, ada tak orang dah buat buku pasal ad angles.

TAKDE.

Jadi saya rasa saya boleh cakap yang ini adalah ebook pertama dalam dunia yang bercakap mengenai Ad Angles. Kalau saya jadikannya sebagai sebuah buku, memang akan jadi first buku dalam dunia cakap pasal ni lah.

Ini adalah lain daripada lain.

Di dalam e-book ini anda akan mempelajari mengenai:

- Bagaimana untuk segmenkan prospek anda... supaya anda dapat susun iklan berdasarkan beberapa kategori panas.

Kategori ini adalah langkah pertama untuk anda tahu sama ada Angle #1 itu dalam kategori p____, m______ atau c_____

- KENAPA bukan semua angles sama pulangannya...

... dan BAGAIMANA untuk menggunakan asymmetrical return ini untuk mendominasi pasaran produk

- Cara MUDAH Untuk Mengambil Peluang Menggunakan Iklan Sedia Ada...

... Untuk Membuat Angle Baru Untuk Dicuba (Salah Ni, Buat Habis Duit Je. Hint: dekat dan jauh angles tu akan make or break kempen iklan anda)

- Bulatan Kebenaran: litmus test yang boleh anda gunakan untuk memberi 'pangkat' pada setiap angle yang anda jumpa untuk produk anda.

Bulatan ini akan membolehkan anda mengambil setiap kategori iklan yang boleh anda buat

- Apa yang orang selalu tak buat bila segmenkan ikut umur... dan bagaimana anda boleh gunakan benda yang ramai orang terlepas ini untuk cari jarum untuk masuk ke dalam hati prospek.

Macam yang anda baca... ini BUKAN ebook asas copywriting.

Ini adalah strategi pemasaran dan copywriting adalah cara untuk padankan mesej kepada pasaran.

Anda tidak akan nampak e-book ini di mana-mana pun. E-book ini eksklusif untuk pembeli Tuis Ads.

Sentiasa Dikemas Kini

Tool ini sentiasa berevolusi. Saya mintak feedback daripada customer. Kemudian saya akan tambah baik daripada semasa ke semasa.

Template dulu ada 40 lebih sahaja, sekarang dah ada 243 templates.

Semasa bulan puasa kami juga menyediakan templates untuk promo raya (disediakan di senarai template di atas).

Dan nanti kita bukan hanya satu media sosial je. Kita akan support pelbagai media yang perlukan ayat. Tak semestinya menjual. Kalau nak bina followers pun boleh.

Akhirnya bukan tulis ads je, tapi jadi tempat anda mengarang pelbagai jenis ayat announcement, diskaun dan macam-macam lagi dengan mudah.

Bila semua fungsi ni ada depan mata, makin senang anda nak buat iklan

Apa Harga Kempen Yang Lebih Konsisten?

Cuba fikir berapa Cost Per Purchase (CPP) anda sekarang.

Cuba bayangkan kalau CPP anda boleh dikurangkan.

Tool ni memudahkan kerja mencari winning ads anda.

Dan ilmu di dalam ini akan membantu anda untuk membuat kempen yang konsisten

Masalah yang selalu sangat orang hadapi ialah kempen tak konsisten. Turun naik. Kadang-kadang turun tak naik-naik terus.

Tool ni adalah jalan pintas untuk proses tersebut. Nak buat iklan bukan hanya seni, tapi satu proses yang boleh anda gunakan untuk cari iklan yang boleh 'menapau' semua iklan anda sebelum ni.

Sekarang dah ada 243... kalau satu ialah RM20 (terlajak murah ni!)... maksudnya harga jualan untuk template je ialah RM4860... tak termasuk bonus lain-lain.

Tak termasuk lagi dengan masa untuk update sentiasa tool ni dan review session.

Tapi tak... tak payah bayar sampai banya tu untuk pakai Tulis Ads dan akses library marketing ni.

Kalau letak RM297 setahun pun berbaloi.

Tapi tak, saya tak letak harga tu.

Harga untuk Tulis Ads ialah RM29 sebulan.

Macam belanja saya makan pizza atau lepak dekat mamak sambil pekene roti nan cheese sebulan sekali.

Cuma ni belanja yang dapat duit lah, bukan tolak duit. Especially bila iklan anda buat tu convert sangat-sangat.

Alat ini adalah gamechanger. Orang tak kreatif pun jadi kreatif bila ada semua ayat depan mata.

Kalau tak nak fikir pasal bulan-bulan ni, boleh ambil tahunan. RM197 setahun. Lifetime pun ada. Kalau nak beli.

Jaminan 2 Kali Ganda

Saya tahu, macam mana nak tahu betapa bagusnya sesuatu tu kalau tak cuba dan tak baca sendiri kan?

Rumah pun kita kena tengok... masuk dalam... baru tahu feel sesuai atau tak.

Saya faham. Saya pun macam tu jugak. Jadi saya nak bagi jaminan yang untungkan anda.

Ini jaminan saya: anda akan dapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda jualan daripada harga jualan lifetime.

Kalau tak dapat RM800 sekurang-kurangnya dalam sales... beritahu saya! Saya nak go through ayat anda dan tolong anda buat lebih banyak sales.

Saya nak pastikan anda dapat pulangan sekurang-kurangnya 2 kali ganda harga lifetime. Kalau lebih, boleh belanja saya makan dekat kedai mamak. OK?

Risiko untuk cuba tool ni saya tanggung semuanya.

Dapatkan Tool Ini Sekarang Juga!

Dapatkan sekarang. Gunakan tool ni sehabis-habisnya. Lihat strategi yang saya kongsikan dalam ni. Dan gunakannya.

Dan anda akan mendapati menggunakan tool copywriting ini akan sangat membantu anda membuat ayat yang lebih ampuh.

Ingat: masa itu emas... dan lebih lama anda menunggu... lebih banyak masa akan terbuang.

Masa terbaik jumpa tool ini ialah tahun lepas. Dan masa kedua terbaik ialah sekarang.

Beli dan gunakan tool ini sehabis-habisnya.

Untuk buat pembelian, hanya isi borang di bawah. Selepas anda isi borang di bawah, anda akan dibawa kepada payment gateway ToyyibPay. Selepas pembayaran dibuat, anda akan dibawa ke skrin set password.

Jangan skip skrin set password!

Setelah anda set password anda, anda boleh mengakses SEMUA tool yang ada di atas ini. Sesenang itu.

✔️"Ya! Saya ingin mendapatkan tool copywriting Tulis Ads dan dilindungi jaminan 2 kali ganda, dan mendapat bonus marketing library dan juga ebook Ad Angles!"

Semua bonus ini bernilai RM571... tapi milik anda percuma bila anda dapatkan Tulis Ads ini! Dan jangan lupa... cari saya kalau masih tak dapat buat iklan! Kita tengok apa yang saya boleh bantu untuk anda buat iklan yang lebih menjual!

Slot Terhad

Untuk memastikan saya dapat overdeliver value kepada pelanggan, slot untuk mendapatkan Tulis Ads adalah terhad. Ini bermakna, first come, first serve basis.

Untuk lihat jika ada slot untuk anda hari ini, sila isikan emel di bawah.

Nama
Emel
No Telefon
Pakej

Nak Beli Pakej Bulanan Atau Nak Pakai Kad Kredit?

Jika anda ingin membuat pembelian pakej bulanan atau ingin membuat pembayaran melalui kad kredit, sila gunakan link di bawah.

Klik Sini Untuk Dapatkan Tulis Ads Bulanan (RM29 / sebulan)

Klik Sini Untuk Dapatkan Tulis Ads Tahunan (RM197 / setahun)

Saya harap tool ni boleh bantu anda boleh bagi anda lebih banyak jualan pada masa akan datang.

Jumpa anda di dalam!

- Abdul Rahman

Soalan Lazim Mengenai Tulis Ads

Soalan: Boleh pakai phone ke? Ataupun desktop je boleh?

Jawapan: Dua-dua boleh! Kalau perasan, kebanyakan demo dalam iklan dan di post dalam page semuanya saya pakai phone.

Soalan: Saya tak berminat dengan template sebab saya tak pakai template. Kalau saya beli untuk info-info je boleh ke?

Jawapan: Boleh sangat-sangat! Sebab kita share info yang agak advanced dan bukannya asas.

Sebagai contoh baru-baru ni kita tambah info pasal angles, ada juga pasal flow dalam surat jualan.

Selalu orang cakap pasal benda asas copywriting. Tapi kat sini kita cakap pasal benda yang lebih advanced.

Soalan: Kenapa Tulis Ads ni takde info asas copywriting?

Info asas copywriting saya share free je dekat page Tulis Ads. Jangan lupa like dan follow!

Soalan: Kalau saya tak biasa spend duit buat online ads, sesuai tak saya dengan tool ni?

Jawapan: Tak! Kalau tak pernah spend sekurang-kurangnya RM50 untuk buat iklan di media sosial (apa-apa platform)... jangan beli tool ni! Info dan tool ini sesuai untuk yang dah ada asas online advertising dan nak improve kan lagi.

Soalan: Apa beza tahunan dan lifetime?

Jawapan: Bezanya tahunan bayar setahun sekali dan lifetime bayar sekali seumur hidup!

Tahun lepas harga tahunan hanyalah RM97 dan lifetime RM197. Jadi kemungkinan besar nanti harga tahunan naik dari RM197 ke RM397 dan lifetime ke RM697 adalah tinggi!

P.S Dan terima kasih kerana membaca sehingga hujung ni. Ni sedikit testimoni dari pengguna. :)

Apa Kata Pengguna