Kembali

Contoh Copywriting Contoh Storytelling Unit Trust

Di bawah ini ada satu contoh copywriting unit trust yang bagi saya padu. Ni macam heroes journey punya format jugak lah.

Daripada loser kepada winner.

Sumber: https://www.facebook.com/100000348124684/posts/4468578613163699/

Yuran-yuran kebodohan sepanjang kehidupan.

Ada orang pelik bila baca kisah aku struggle dulu-dulu. Mereka tanya,

“Kenapa sampai begitu teruk kewangan kau masa tu? Kau cikgu kot”.

Kerana tamak. Bodoh. Tiada ilmu. Itu jawapan secara umum. Jawapan secara khusus, kerana terbelenggu dengan personal loan.

Kerja kerajaan, mudah sungguh buat loan ni. Maka ramai la geng MLM datang pujuk aku join mereka.

Hampir semua aku tolak. Tak minat aku bisnes stail cari kaki baru dapat income ni. Satu ja terkena dulu. Red Island Cafe. Hat ni sebab boleh makan free dan murah ja pun.

So, aku tak perlu ajak orang pun takpe, join je dapat kad dan makan free di Red Island Cafe yang masa tu tumbuh macam cendawan di seluruh Malaysia. Tak dan 4 bulan aku join, kredit makan tak dan habis guna, syarikat melingkup. Syarikat kena blacklist dengan bank negara.

Sejak tu aku serik dah. Cilakak betul, ingat join yang paling safe dah, kena juga.

Keluarga bertambah besar. Aku pula gaji diploma saja. Kecik ja wei. Lepas sah jawatan starting dengan rm1200 ja. Duduk pula di bandar KL yang serba serbi mahal.

Maka aku mula merancang nak tambah pendapatan dengan berniaga. Hentak loan rm30k, bisnes macam-macam. Melingkup tak dan 5 bulan.

Kemudian ada kawan ajak join forex. Dengan ilmu apa pun tak ada, aku hentak 10k usd, lebih kurang rm35k duit kita. Buat la loan rm40k. Rm5k buat tukar cat kereta, repair enjin leak dan enjoy la sikit-sikit.

😝

Dua bulan ja sempat merasa pulangan dari forex. Dapat la lebih kurang RM800 lebih dua bulan tu. Masa tu syarikat yang tolong trade. Lepas tu syarikat sendu, tak boleh bagi pulangan. Aku trade sendiri dengan berpandu pada ilmu google dan YouTube.

Hari pertama untung terus RM1600. Tu, sehari buat untung besar. Tapi jiwa trader beb, mana keluarkan duit tu. Trade lagi dan lagi.

Dan dalam masa seminggu, licin semua modal 10k usd tu. Aku sempat keluarkan sekitar rm3k sahaja. Rm32k lagi lebur. Menung panjang boh.

Aku serik dah nak jadi trader. Tobat dah. Nak kena kerja main cash flow hari-hari juga baru boleh buat duit.

So aku mula join satu bisnes ni dengan seorang kawan. Modal awal rm6k seorang. Purata pulangan sebulan sekitar rm1k seorang. Fuh, best bisnes ni.

Lepas 4 bulan buat dengan dia, aku hentak loan maksima dengan MBSB. Masa tu loan boleh tarik sampai the 20 tahun. Henjut maksima, dapat sekitar rm65k.

Aku run bisnes ni dengan partner lain pula. Modal semua aku, dia jaga bisnes ja. Keuntungan bagi 60:40. Awalnya best layan, sebulan purata aku dapat sekitar RM3k-RM4k.

Tapi bertahan sekitar 6 ...

Ini hanyalah preview copywriting yang ada dalam Tulis Ads. Anda boleh pakai tool copywriting di bawah.


Nak Info Mengenai Tool Copywriting Ni? Pergi ke https://tulisads.com/ sekarang